Live Breaking News & Updates on Accused Alan Unknown
Stay updated with breaking news from Accused alan unknown. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
Peniaga dituduh minta suapan RM15,000 A A SEREMBAN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan meminta rasuah empat tahun lalu. Tertuduh Khairul Husni Othman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh meminta suapan RM15,000 daripada seorang wanita kononnya untuk digunakan sebagai dorongan bagi melepaskan ibunya daripada tahanan polis. Perbuatan itu dilakukan pada 1 Jun 2017 di Rasah Kemayan, Seremban. Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama. Sabit kesalahan tertuduh bukan dihukum penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi. ....