‘Saya rasa terkilan’ Saya dimaklumkan peminat mengenai sesi IG Live ini, namun tidak menontonnya kerana sudah masuk waktu tidur. Saya menerima terima banyak mesej bertanyakan kesahihan luahan yang dibuat, sepanjang hari ini. Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka. Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif. Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya. Menurut Siti Nordiana, dia terkilan apabila namanya turut diheret dengan dakwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya semalam. Terkejut mengenai topik perbualan tersebut, Nana mempersoalkan tindakan kesemua individu berkenaan termasuk Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.