Penganggur didakwa tawar dan beri rasuah RM120,000 kepada po

Penganggur didakwa tawar dan beri rasuah RM120,000 kepada polis


Penganggur didakwa tawar dan beri rasuah RM120,000 kepada polis
14 Jun 2021 / 14:33 H.
-Bernama
SHAH ALAM: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menawar dan memberi rasuah RM120,000 kepada seorang pegawai kanan polis untuk melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan kerana memiliki kira-kira lima kilogram dadah jenis syabu.
Abd Aziz Abdullah @ Shariff (
pix), 39, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menawarkan rasuah RM120,000 kepada Penolong Penguasa Polis ASP Mohammad Izzuddin Zulkifly, 39, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Suapan itu sebagai dorongan kepada Mohammad Izzuddin agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas tertuduh kerana memiliki dadah jenis syabu di kawasan tempat letak kereta Mass Railway Transit (MRT) Sri Damansara Sentral, Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, pada 6 petang, 24 Mei lepas.

Related Keywords

, Commission Prevention Corruption , Ruler Police Pulangkan , Headquarters Police Contingent Darkest , Department Investigation Criminal Narcotics , Court Sessions , Judges Rafi , Assistant Ruler Police Pulangkan , Curve Central , City The Curve , Tamba Prevalent , Promenade Mahogany , Act Commission Prevention Corruption , Deputies The Prosecutor Highway , நீதிமன்றம் அமர்வுகள் ,

© 2025 Vimarsana