KUALA LUMPUR - Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menyokong segala rancangan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menstabilkan keadaan politik semasa, kata Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin. Menurut beliau, kestabilan politik dilihat kunci utama bagi kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok