KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta serta melakukan aksi drift di lampu isyarat di hadapan Wisma Tani Jalan Sultan Salahuddin di sini pada Selasa. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan di Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 4.30 pagi.