OLE Gunnar Solskjaer melaungkan amaran awal bahawa Manchester United serius mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi di Stadium Old Trafford malam ini. Anak buah Solskjaer memulakan pesta gol dalam aksi pertama liga musim ini bermula dengan jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-30 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.