Malaysia terima sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS : comp

Malaysia terima sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS


Malaysia terima sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS
05 Jul 2021 / 10:53 H.
Bernama
SUBANG: Malaysia hari ini menerima sejuta dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNtech sumbangan Amerika Syarikat (AS) untuk terus menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang rancak berlangsung ketika ini.
Pesawat kargo TH 384 jenis Airbus Boeing 767 milik Raya Airways yang membawa bekalan vaksin itu selamat mendarat kira-kira 8.10 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini.
Ketibaan pesawat berkenaan disambut Menteri Penyelaras Pick yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters.
Berlepas dari Singapura kira-kira 7 pagi hari ini, bekalan vaksin berkenaan dihantar dari Cincinnati/Northern Kentucky International Airport 2 Julai lepas dan melalui beberapa hentian sepanjang tiga hari sebelum tiba di Malaysia.

Related Keywords

Japan , Singapore , , Programs Immunization National , Technologyi Innovation Jamaluddin , Airfield Sultana , Minister Coordinator , Minister Science , Innovation Jamaluddin , Foreign Ministers Grandfather Series Hishammuddin , Ambassador Large , Japan Thursday , ஜப்பான் , சிங்கப்பூர் , அமைச்சர் ஒருங்கிணைப்பாளர் , அமைச்சர் அறிவியல் , ஜப்பான் வியாழன் ,

© 2025 Vimarsana