TUMPAT - Seorang lelaki sanggup melepaskan 'gian' dengan menghias rumahnya di Kampung Dalam Pagar, Pasir Pekan Hilir, di sini dengan menggunakan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos depan. Murtadhatumizi Mustapha, 27, berkata, idea menghias rumah itu timbul apabila tiada sebarang aktiviti untuk sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.