SEREMBAN - Seorang polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan rasuah bagi menyelesaikan kes tangkapan seorang suspek dua tahun lalu. Tertuduh Kamalruzaman Mohd Sanusi, 34, bagaimana pun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah selepas kertas pertuduhan dibacakan.