SHAH ALAM - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff mendesak kerajaan agar melanjutkan tempoh pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' fasa pertama selama 14 hari kepada sekurang-kurangnya 21 hari. Rais berkata, tempoh berkenaan perlu diikuti dengan cadangan kepada kerajaan untuk menampung beban ekonomi yang dipikul oleh masyarakat sepanjang pelaksanaan tersebut.