Harga sayur-sayuran naik hingga 40 peratus A A SHAH ALAM - Beberapa harga sayur-sayuran mengalami peningkatan mulai Isnin susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands, Pahang. Antara harga sayur-sayuran yang dijangka meningkat ialah tomato, timun jepun, cili, kobis, kacang buncis, lada manis atau lada benggala dan semua jenis salad. Difahamkan, peningkatan harga berlaku antara 30 hingga 40 peratus kerana pengeluaran terpaksa dihenti serta-merta.Punca utama ialah 12,000 pekerja asing dan tempatan di kawasan tanah tinggi itu tidak dapat keluar bekerja. Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, bekalan memang akan terjejas kerana setiap hari Cameron Highlands mengeluarkan sebanyak 565 metrik tan sayur-sayuran.