FINA buat 'u-turn', Jun Hoong layak ke Tokyo A KUALA LUMPUR - Persatuan Renang Malaysia (MS) pada Sabtu mengesahkan bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong dapat beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo bulan depan, berikutan keputusan ‘U-turn’ Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA). Setiausaha Agung MS, Mae Chan berkata, FINA dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah membatalkan keputusan mereka sebelum ini dan memasukkan 18 penerjun terbaik dalam acara platform 10 meter (m) individu wanita kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 ke Olimpik. “Kami dengan berbesar hati memberitahu bahawa Jun Hoong mendapat slotnya kembali untuk ke Olimpik. Terima kasih kepada Presiden FINA yang baru dilantik, Husain Al Musallam.