Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Latifah Sidek
A
KUALA LUMPUR -
[DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datin Latifah Sidek, isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang meninggal dunia pada Jumaat.
Istana Negara menerusi laman Instagram rasmi pada Sabtu memaklumkan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarhamah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," demikian menurut hantaran tersebut.