‘B40, M40 lebih berisiko bankrap’
A
A
SHAH ALAM - Golongan B40 dan M40 lebih berisiko diisytiharkan bankrap kerana masalah kewangan serius akibat pandemik Covid-19.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana kedua-dua kumpulan tersebut sukar untuk kembali pulih selepas berdepan dengan kemelut kewangan.
“Golongan B40 dan M40 paling berisiko (bankrap) sebab dalam mana-mana krisis ekonomi golongan inilah sebenarnya yang mana kajian mendapati paling lambat sekali untuk pulih.
“Berbeza dengan golongan T20, mereka juga berisiko untuk bankrap tetapi cepat pulih kerana mereka ada aset yang boleh dijual.
“Jadi, secara tidak langsung kumpulan T20 akan cepat pulih sekiranya bankrap. Berbeza dengan B40 dan M40 yang tidak mempunyai aset,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.