Published on: Wednesday, August 04, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 27 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 523.92gm kanabis.
Mohd Sahril Sahruddin, yang tampil di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, didakwa melakukan perbuatan itu jam 8.40 pagi pada 21 Julai tahun ini di hadapan pejabat Nationwide Express Courier Services Sdn Bhd, Blok C, Pusat Komersial HS di Penampang.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Sahril selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, yang berada di lokap pusat di Kepayan, menerusi sidang video.
ADVERTISEMENT
Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Pendakwaan memohon tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan kimia dan memohon agar Sahril direman lanjut memandangkan pertuduhannya tidak memperuntukkan ikat jamin.
Penjawat awam didakwa serang wanita | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Judi: Penganggur didenda RM1,500 | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Lelaki kurung tiga wanita secara salah dijel, denda | Daily Express Online
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.