MOSCOW - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, lapor Sputnik memetik penyiar Afghanistan TOLO News pada Isnin. Menurut pentadbiran lapangan terbang insiden itu berpunca daripada maklumat palsu mengenai terdapat kekosongan tempat duduk dalam pesawat yang akan tiba dan berlepas di lapangan terbang berkenaan ketika banyak penerbangan telah dibatalkan.