WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran situasi menjelang tarikh akhir operasi pemindahan adalah ‘sangat berbahaya’ dan mungkin berdepan risiko serangan kedua dalam tempoh 24 hingga 36 jam. “Saya telah mengarahkan komander tentera untuk mengutamakan langkah perlindungan dan memastikan mereka masih memegang kuasa untuk memberi arahan sewajarnya jika serangan seumpama itu berlaku,” tegasnya.
WASHINGTON - Taliban memberi jaminan, rakyat Amerika dan warga Afghanistan yang ingin meninggalkan negara tersebut boleh berbuat demikian walaupun selepas tempoh yang diberikan tamat, kata Setiausaha Negara Antony Blinken pada Rabu. Tarikh akhir untuk tentera dan rakyat Amerika meninggalkan Aghanistan adalah pada 31 Ogos.
MOSCOW - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, lapor Sputnik memetik penyiar Afghanistan TOLO News pada Isnin. Menurut pentadbiran lapangan terbang insiden itu berpunca daripada maklumat palsu mengenai terdapat kekosongan tempat duduk dalam pesawat yang akan tiba dan berlepas di lapangan terbang berkenaan ketika banyak penerbangan telah dibatalkan.