comparemela.com

Latest Breaking News On - எதிர்ப்பு ஊழல் தேசிய - Page 1 : comparemela.com

SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik

SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik A A SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan berkenaan undang-undang membenarkan parti-parti di negara ini menerima pembiayaan dana politik. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) merupakan badan yang mengepalai draf undang-undang terbabit sebelum ia dibawa ke peringkat Parlimen. Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak mungkin boleh bertanya kepada GIACC apakah status undang-undang berkenaan. Berkenaan undang-undang ini, kita tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan dan sudah sampai masanya perkara ini dibincangkan di Parlimen. Terpulanglah kepada ahli Parlimen sekiranya mereka mahukan undang-undang ini.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.