âSarah Risau Anak-Anak Dan Baby Dalam Perut Ni. Ya Allah Berderau Darahâ
Sumber/Sumber Foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin
Ibu mana yang tidak risaukan anak-anak bila mengetahui, pembantu rumah dijangkiti wabak Covid-19. Malah Siti Sarah Raisuddin akui, jantungnya bagai nak luruh bila ketahui hal tersebut.
Menerusi perkongsian menerusi sebuah video, Sarah berkongsi mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan Covid-19 di rumah.
âSarah Risau Anak-anak & Bayi Dalam Perut Niâ
Malah penyanyi yang juga isteri kepada Shuib ini turut berkongsi perasaan sedih dan bimbang apabila memikirkan tentang anak-anak serta bayi dalam kandungannya.
âJantung ini macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah selain risau anak-anak dan bayi dalam perut ini.