SHAH ALAM- Sebarang angka kedudukan yang dirumus oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tanpa proses undian adalah bersifat andaian, spekulatif dan tidak konklusif serta boleh dicabar. Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menegaskan, perbuatan memberi atau melaporkan angka kedudukan jumlah sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pihak lain adalah perbuatan yang salah dan mengelirukan.