comparemela.com

Latest Breaking News On - Wife lawmaker against - Page 1 : comparemela.com

MP Marang hargai pelajar cemerlang SPM 2020

MP Marang hargai pelajar cemerlang SPM 2020 July 15, 2021 MARANG: Seramai 40 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di sini diraikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang semua A. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof berkata, hadiah tersebut sebagai menghargai usaha keras mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Advertisement “Sumbangan ini adalah penghargaan Tok Guru (Tuan Guru Abdul Hadi) kepada 40 orang pelajar SPM 2020 yang mendapat keputusan semua A,” katanya. Tambahnya, mereka menerima wang tunai sebagai saguhati dan sijil penghargaan. “Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban ibu bapa pelajar nak sambung pelajaran akan datang,” katanya.

Isteri MP Marang santuni pemuda hadapi musibah

Isteri MP Marang santuni pemuda hadapi musibah July 13, 2021 MARANG: Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Zainab Awang Ngah menziarahi dua orang pemuda yang menghadapi musibah di Kampung Surau Haji Daud. Mohamad Akif Asyraf Mat Jusoh, 25, terlibat dengan kemalangan dengan lori sementara Fahmi Izuddin Ibrahim, 23, menghidap penyakit buah pinggang. Akif menderita lumpuh di bahagian peha ke bawah sejak tiga tahun lepas dan terpaksa menggunakan kerusi roda bagi setiap aktiviti hariannya sekarang. Advertisement Dia tidak dapat melakukan kerja selepas kemalangan itu. Anak muda ini kini dijaga oleh ibunya. Ayahnya pula sering mengalami sakit lutut kerana faktor usia. Fahmi Izuddin pula sudah hampir empat bulan terlantar di atas katil kerana tidak dapat bergerak akibat serangan penyakitnya itu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.