Jambatan Kuala Nal-Pasir Kelang mula dibina Ogos
July 8, 2021
KUALA KRAI: Projek pembinaan jambatan Kuala Nal-Pasir Kelang yang merentangi Sungai Kelantan akan bermula pada Ogos depan.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan projek yang bakal menelan belanja kira-kira RM25 juta itu mengambil masa dua tahun enam bulan untuk disiapkan.
Advertisement
Katanya, pembinaan jambatan itu melibatkan jarak sejauh 100 meter.
“Alhamdulillah, semua proses telah berjalan cuma tinggal berkenaan isu teknikal iaitu isu pengambilan tanah di Kuala Nal dan Pasir Kelang dan proses pengambilalihan serta pembayaran pampasan telah dibuat oleh kerajaan.
“Bukan itu sahaja kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan jambatan ini juga sudah dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di Kampung Pasir Kelang, pada Khamis.
Pasangan warga emas bertuah disuntik vaksin di rumah
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Pusat Vaksin Bergerak bantu penduduk di pedalaman
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Sungai cetek sukar penduduk ke bandar Kuala Krai
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.