SHAH ALAM – Tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada 30 Ogos hingga 12 September depan. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan empat lokaliti di Putatan iaitu iaitu di Taman Ketiau; Platinum Apartment; Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai.