comparemela.com

Latest Breaking News On - Village malay thirty six - Page 1 : comparemela.com

Sultan Johor terus kurnia bantuan kepada rakyat terkesan

Sultan Johor terus kurnia bantuan kepada rakyat terkesan A A JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terus mengurniakan bantuan makanan kepada rakyat negeri ini bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Terbaharu, seramai 424 keluarga dari Kampung Melayu Batu 10 dan Kampung Melayu Kangkar Pulai, Skudai menerima bantuan tersebut yang disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada Ahad. Salah seorang penerima bantuan, Suraiani Sibin, 41, berkata, dia amat bersyukur dan terharu dengan keprihatinan Sultan Ibrahim dalam membantu rakyat. Suraiani merupakan ibu kepada Muhammad Ariff Hakim, 11, yang lumpuh pada bahagian kiri badan dan mengalami masalah pertuturan sejak kecil selepas dilahirkan pada usia tujuh bulan atau pramatang.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.