Semua operasi Puspakom di Selangor ditutup kecuali Sungai Besar
A
A
SHAH ALAM - Semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Selangor kecuali di Sungai Besar ditutup operasinya sehingga 16 Julai ini berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, pusat berkenaan memaklumkan penutupan itu turut meliputi Perkhidmatan Bergerak di Lembah Klang, manakala Puspakom Seremban juga tidak beroperasi sehingga 22 Julai atas sebab yang sama.
“Bagi pelanggan yang telah membuat janji temu di cawangan Puspakom yang tidak beroperasi, bayaran janji temu akan dikembalikan secara automatik,” katanya.
Menurut kenyataan itu, semua Pusat Pemeriksaan Puspakom di seluruh negara termasuk Perkhidmatan Bergerak yang tidak berada di dalam kawasan PKPD kekal beroperasi seperti biasa.
Puspakom Padang Jawa ditutup mulai 20 Mei
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Kakitangan positif, Puspakom Cheras ditutup
hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.