ADUN Kubu Gajah santuni asnaf menjelang Aidil Adha
July 17, 2021
Advertisement
Bantuan diberi ini dalam meringankan beban kehidupan ditanggung mereka yang merupakan kalangan asnaf serta menggembirakan dalam menyambut kehadiran perayaan tersebut.
ADUN Kubu Gajah, Ustaz Mohd Khalil Yahya berkata, penyerahan sumbangan tersebut bukan sahaja penting, malah pihaknya mensasarkan lebih ramai penerima dapat diberikan bantuan tersebut.
Katanya, semua penerima merupakan asnaf yang sentiasa berada dalam pantauan pihak Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah dari maklumat disalurkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Dalam ziarah menyerahkan sumbangan itu, Ustaz Khalil juga turut mempromosi dan memberi penerangan mengenai kempen vaksinasi COVID-19 kepada warga penduduk ditemui beliau.