GEORGETOWN - Pemimpin UMNO yang berada dalam barisan kabinet seharusnya memberi tumpuan untuk melaksanakan mandat mereka khususnya ketika negara berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, tumpuan ketika ini juga seharusnya difokuskan kepada amanah yang telah diberikan berbanding memberi perhatian kepada soal politik.