Lelaki melecur di tangan ketika cuba padam kebakaran
A
A
RANAU - Seorang lelaki melecur di kedua-dua tangan ketika cuba memadamkan kebakaran membabitkan rumah sewa yang didiaminya bersama keluarga dalam kejadian di Kampung Kibbas di sini pada malam Sabtu.
Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.21 malam. Bertindak atas maklumat, seramai 10 anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian dan sebaik tiba didapati sebuah rumah telah terbakar sepenuhnya.
Bomba tayang Didi & Friends keluarkan kaki budak masuk lubang tandas
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Pemandu cedera parah lori sampah terbalik
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.