comparemela.com

Latest Breaking News On - Units enforcement abroad darkest - Page 1 : comparemela.com

Operasi tebang pokok durian dijangka selesai lebih awal

Operasi tebang pokok durian dijangka selesai lebih awal A A KUANTAN - Operasi menebang pokok durian yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini dijangka selesai lebih awal daripada tarikh jangkaan. Ia berikutan hampir semua daripada kira-kira 15,000 pokok durian musang king dalam kawasan hutan tersebut sudah selesai ditebang setakat ini. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, perkembangan tersebut merupakan di luar jangkaan pihaknya. Berdasarkan jadual asal, katanya,operasi berkenaan akan selesai dalam tempoh sebulan. Kejayaan tersebut didorong oleh beberapa faktor termasuk kemahiran tinggi dimiliki kakitangan JPNP yang terlibat dalam kerja-kerja menebang selain bilangan mereka yang terlibat adalah ramai.

Lebih 85 hektar kebun durian haram dimusnahkan

100 kakitangan JPNP musnah kebun durian A RAUB - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 100 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melaksanakan operasi memusnahkan lebih 85 hektar kawasan kebun durian musang king di Hutan Simpan Batu Talam sehingga Jumaat. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, hanya sebahagian kecil pokok yang ditanam secara haram itu belum dimusnahkan dan kerja-kerja dijangka selesai sepenuhnya minggu depan. Aktiviti menebang sebenarnya dilakukan hanya dalam lima hari sahaja ekoran beberapa halangan dihadapi. Mereka menggunakan mesin gergaji dalam operasi itu, katanya kepada pemberita pada Sabtu. Menurutnya, tindakan provokasi daripada pekebun termasuk merosakkan jambatan menyebabkan kerja menebang yang sepatutnya dilakukan sejak awal operasi terganggu.

Yang haram tetap haram walaupun 20 tahun kemudian

Yang haram tetap haram walaupun 20 tahun kemudian. A A “SAYA berharap, ini tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis,” demikian kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurut rekod, kerja-kerja penguatkuasaan membanteras penerokaan tanah secara haram di Sungai Ichat membabitkan masing-masing 24 pekebun India dan Cina; di Lembah Bertam, 99 pekebun Cina dan 21 pekebun India. Di Kechau pula adalah penguatkuasaan ke atas perlombongan emas tanpa kebenaran membabitkan pelombong Melayu, kesemuanya atas 14 lot tanah milik sendiri dengan setiap lot ada senarai nama panjang pemilik bersama.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.