July 22, 2021
Ustaz Ebit Lew bakal menjawab segala persoalan dan kontroversi yang didakwa membabitkan dirinya tengahari ini apabila penceramah bebas itu membuat keputusan untuk melakukan satu siaran langsung khas.
Menurut Ebit, sesi tersebut bakal dilakukan pada jam 12 tengah hari Khamis, yang akan menjawab semua fitnah melampau dan langsung tak berasas mengenai dirinya.
âDoakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.
âSaya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil,â tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram, pada Rabu.