KUALA NERANG - Dua beradik yang sebelum ini ketinggalan bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana tinggal di dangau di sebuah dusun dekat sini kini kembali belajar secara dalam talian. Muhammad Rafiq Rahman, 11, dan Muhammad Raziq Rahman, 7 bersama seorang lagi adiknya kini tinggal di rumah sewa baharu mereka di Kampuang Baru Padang Sanai sejak 18 Ogos lalu.