ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Kedah tidak terkesan dengan tindakan parti itu di peringkat Pusat yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob berkata, setakat ini, belum ada arahan daripada UMNO Pusat agar kesemua ADUN parti itu perlu menarik sokongan di peringkat negeri.