Tiga anggota polis direman bantu siasatan kes minta rasuah 12 Jul 2021 / 14:04 H. Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga lagi anggota polis direman bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes seorang pegawai kanan polis yang didakwa meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.
Tiga anggota berpangkat sarjan, koperal dan lans koperal berumur lingkungan 30-an hingga 40-an itu direman selama empat hari hingga Khamis ini selepas Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faezah Abdullah mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret 4, di sini hari ini.
Perintah tahanan reman itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ditahan di pejabat SPRM selepas memberi keterangan, petang semalam.
Tiga lagi anggota polis direman bantu siasatan kes minta rasuah
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Deputi Superintendan direman bantu siasatan kes rasuah
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Tiga termasuk inspektor ditahan SPRM
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.