KUALA TERENGGANU - Kira-kira 1,000 penduduk Pulau Redang yang layak menerima vaksin bakal disuntik melalui program Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejurus Terengganu menerima bekalan vaksin tambahan yang dijangka tiba Julai ini.
KUALA TERENGGANU – “Saya ambil vaksin untuk keselamatan diri, tak layan apa yang orang cakap,” kata warga emas, Wan Esah Wan Long, 66, yang hadir mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir pada Sabtu. Wan Esah yang mengalami masalah penglihatan akibat diabetes dan menggunakan sebelah mata palsu sejak dua dekad lalu selesai menerima suntikan vaksin dos pertama bersama ibunya, Semek Mat Zain, 96, yang mempunyai masalah pendengaran.