FCB terbukti berjaya usir penceroboh dari Vietnam
June 9, 2021
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan
Fast Combat Boat (FCB) baharu TLDM telah berjaya menghalang dan mengusir bot nelayan asing dari Vietnam yang menceroboh Zon Maritim Malaysia pada lewat petang kelmarin.
Pencerobohan bot-bot nelayan asing tersebut di sekitar lebih kurang 60 batu nautika dari Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang berjaya dikesan melalui radar milik kapal TLDM iaitu KD LEKIU dan Markas Wilayah Laut 1 segera mengaturgerakkan Dua buah FCB membawa Quick Reaction Team (QRT) bagi mengusir serta memintas beberapa buah bot nelayan asing di kawasan tersebut.
Advertisement
Tindakan pantas tersebut berjaya memintas dan mengusir keluar kesemua bot nelayan asing dari perairan negara serta menahan sebuah bot yang membawa 21 orang awak-awak warga Vietnam berumur lingkungan 20 hingga 32 tahun. Mereka yang ditahan didapati menangkap ikan secara haram serta tidak mem