Remaja Dihukum 24 Tahun Penjara Langgar Wanita & Anak Sehingga Mati, Kereta Baru Pakai 2 Hari
Kini Trending
Di Florida, seorang remaja bernama Cameron Herrin berusia 21 tahun telah disabitkan kesalahan kerana telah meragut nyawa seorang ibu berusia 24 tahun bersama anak perempuan yang baru berusia satu tahun. Cameron Herrin dipercayai telah melanggar mangsa dengan memandu sebuah kenderaan pada kelajuan 100mph.
Suspek melanggar mangsa
Sumber foto: Metro UK
Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut berlaku pada sekitar Mei 2018, Cameron Herrin ketika itu berusia 18 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya apabila gagal mengelak dan terlanggar Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia.
Suspek yang menaiki kereta jenis Mustang dan rakannya pula John Barrineau menaiki kereta berasingan jenis Nissan dipercayai baru dalam perjalanan hendak ke gimnasium di daerah Tampa. Kedua-dua buah kenderaan ini berhenti bersebelahan antara satu sama lain di sebuah