15 Jul 2021 / 10:00 H. Gambar hiasan -Bernama
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata pada Selasa sebanyak 11 bilion dos vaksin Covid-19 diperlukan untuk kegunaan 70 peratus penduduk dunia bagi menamatkan pandemik, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Dana dan ikrar sumbangan vaksin dialu-alukan - tetapi masih tidak mencukupi. Kita perlu sekurang-kurangnya 11 bilion dos untuk menjayakan kempen vaksinasi sekali gus mengakhiri pandemik ini.
“Setiap individu walau di mana jua berada harus mempunyai akses kepada vaksin, ujian, rawatan dan bantuan Covid-19.
“Pembangunan dan pemberian vaksin melalui mekanisme ekuiti global, ACT-Accelerator serta kemudahan COVAX, memberi sedikit sinar harapan,“ katanya pada pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Forum Politik Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Mampan.
11 bilion dos vaksin diperlukan untuk 70 peratus penduduk dunia sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.