Taktik tukar jenama minyak subsidi sebelum diseludup
July 11, 2021
Oleh SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Tindakan penyeludup menggunakan jenama minyak masak milik syarikat lain akhirnya tumpas ketika mereka cuba menyeludup barangan kawalan itu dari Kelantan ke Thailand.
Cubaan menyeludup 5,610 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM14,025 ke negara jiran itu akhirnya gagal apabila taktik berkenaan dipatahkan pihak berkuasa.
Advertisement
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri, berkata tiga kenderaan membawa muatan barang kawalan berkenaan ditahan dalam operasi yang bermula jam 3 petang itu.
Katanya, serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya mengekori penyeludup tersebut yang keluar dari premis pembungkus minyak masak di Tendong, Pasir Mas.