CYBERJAYA - Sebanyak 209 jenazah Covid-19 telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di sini dalam tempoh 26 hari sehingga 28 Ogos lalu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain berkata, tanah perkuburan tersebut telah dijadikan salah satu lokasi tempat pengebumian jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang sejak 31 Julai lalu.
IPOH - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan mengemukakan dasar dan program baharu penggunaan serta pengurusan tanah perkuburan Islam kepada kerajaan negeri seawal-awalnya tahun hadapan.