comparemela.com

Latest Breaking News On - Tamba azizuddin - Page 2 : comparemela.com

Rakyat Malaysia kecewa!

Rakyat Malaysia kecewa! A A SHAH ALAM - Rakyat Malaysia bukan sahaja kecewa, malah marah terhadap situasi politik negara yang tidak stabil pada ketika ini sehingga menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19. Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, rakyat pada ketika ini menginginkan satu kerjasama dalam kalangan ahli politik bagi memberi khidmat terbaik untuk menyelesaikan masalah negara. Menurutnya, kerajaan dan pembangkang perlu bersama menyelesaikan isu berkaitan rakyat terlebih dahulu sebelum membuat agenda politik masing-masing. Mohd Azizuddin “Rakyat memang tidak suka dengan keadaan sekarang ini. Mereka mahu kerajaan yang stabil, boleh mentadbir negara dan menyelesaikan isu rakyat, bukan isu politik kepimpinan. Perspektif rakyat sekarang, pemimpin terlalu banyak berpolitik,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.