KUALA PILAH - Kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul selamat dikunjungi tetapi pengunjung masih perlu menjaga prosedur standard operasi (SOP) dalam mencegah jangkitan penyakit seperti pandemik Covid-19 dan kencing tikus. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, orang ramai juga diingatkan supaya menjaga kebersihan di kawasan tersebut yang dibuka kepada pengunjung pada Isnin lalu selepas ditutup selama tiga hari bermula Jumaat.