KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa semua vaksin yang digunakan di bawah Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara berkesan menentang varian Delta. Mengambil Labuan dan Sarawak sebagai contoh, katanya, vaksinasi telah berjaya mengurangkan kadar kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan mengurangkan keperluan pengunaan ventilator.