Kejadian ragut itu di Los Angeles lah!
A
A
GEORGETOWN - Polis menafikan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di sebuah pasar raya berlaku di daerah Timur Laut di sini seperti yang ditularkan di media sosial sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, satu klip video yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pasar raya itu tular dan didakwa berlaku di salah sebuah pasar raya di daerah ini.
Menurut beliau, selepas siasatan dijalankan kejadian bukan berlaku di sini sebaliknya di Pasaraya Dataran Quantong di San Gabriel, Los Angeles. Sejak semalam, tular satu klip video rakaman CCTV sebuah pasar raya yang dikatakan berada di daerah Timur Laut.