KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia mengambil tanggungjawab memastikan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor memberi tumpuan kepada isu berkaitan langkah menangani Covid-19 serta pemulihan ekonomi negeri itu dan bukan hal lain berhubung politik atau kepentingan sendiri.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi mesej tegas kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu dalam pembukaan persidangan keempat.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir mengambil tanggungjawab atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan bukan hal berkaitan politik atau kepentingan sendiri. Muhyiddin berkata, baginda bertitah agar ahli mesyuarat membincangkan perkara berkaitan menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi negeri. Menurutnya, atas kapasiti yang ada, beliau akan memastikan titah nasihat itu diberi keutamaan dan diambil tindakan sewajarnya.