Kerala university stampede news: The vice chancellor said the stampede took place when it started raining during a concert by singer Nikita Gandhi. | Latest News India
Viral Berita Kematian 2 Pelajar UiTM Akibat Pendarahan Otak, Hashtag #uitmberduka Trending Di Twitter
Kini Trending
Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan berita duka pemergian dua orang pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan negeri Kedah dan Pahang. Difahamkan, kedua-dua pelajar ini dipercayai meninggal dunia akibat mengalami pendarahan pada otak.
trending di laman Twitter semalam.
Dua pelajar UiTM meninggal dunia
Dua orang pelajar yang dikenali dengan nama Nurul Natasya Ezreen Azemi dari UiTM Kampus Kedah dan Muhammad Adham Hazim Mohd. Rizaini pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Jengka, Pahang dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak. Malah, ada sumber melaporkan bahawa kedua-dua pelajar ini pernah mengadu pening kepala sebelum mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Alami pendarahan otak
Allahyarham yang dikenali dengan nama Mohd Adham Hazim merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti awam di Jengka, Pahang telah dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sekitar jam 5 pagi. Menurut sumber, Allahyarham yang mengalami pendarahan pada bahagian otak kemudian dimasukkan ke wad ICU.
Sementara itu, menurut seorang pengguna Twitter yang dipercayai merupakan rakan kelas Allahyarham iaitu Arisha mengakui terkejut dengan berita tersebut. Dakwa individu ini lagi, selepas mengambil ujian ‘programming’ pada hari Khamis lalu, Allahyarham ada mengadu bahawa dia mengalami pening kepala.
Sempat merangkak ke bilik
Memetik laporan Kosmo, ayah Allahyarham iaitu Mohd. Rizaini Ghazali memberitahu anak lelakinya itu sempat merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan. Jelasnya lagi, sejak kebelakangan ini, Mohd Adham dikatakan sering tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan semester akhir