Aidiladha: Aliran trafik LPT dijangka turun
A
A
KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad menjangkakan jumlah trafik mengalami penurunan berbanding jumlah purata harian untuk tempoh musim perayaan Aidiladha bermula 16 Julai hingga 25 Julai depan.
Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, jumlah tersebut membabitkan sebanyak 81.3 peratus bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan 72.5 peratus bagi LPT 1.
“Syarikat mengambil maklum dan menghormati keputusan kerajaan mengenai larangan rentas negeri ketika ini. Bagaimanapun kami akan terus memastikan semua kemudahan lebuh raya termasuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah dan perkhidmatan tol serta trafik berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Anih Berhad siap sedia sepanjang Aidilfitri sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.