Enam anggota bomba BBP Jalan Perak positif Covid-19
A
A
BATU KAWAN - Seramai 28 pegawai serta anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak di Georgetown diarah menjalani kuarantin selepas enam anggotanya disahkan positif Covid-19.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, bagaimanapun balai tersebut masih beroperasi seperti biasa dengan pengurangan tenaga kerja.
Menurutnya, pengoperasian BBP Jalan Perak yang dikategorikan sebagai balai super A itu akan dibantu oleh tiga BBP lain iaitu Bagan Jermal, Lebuh Pantai dan Bayan Baru. Tiga BBP ini akan membantu operasi di kawasan Jalan Perak berikutan kekurangan pegawai dan anggota susulan kes jangkitan Covid-19.