KOTA KINABALU - Seramai 15 individu yang didapati menceroboh dan menangkap ikan secara haram di kawasan perairan Taman-Taman Sabah (TTS) Pulau Tiga, ditahan dalam Op Bersepadu Khazanah (OBK), pada malam Khamis. Dalam operasi jam 10 malam itu, semua individu berusia antara 25 hingga 56 tahun ditahan bersama empat bot ketika sedang berlabuh di perairan Kelampunian Besar, Pulau Tiga.