Conteng Dinding Istana, Tumbuk Polis Sampai Berdarah Hidung, Lelaki Maut Kemalangan Ketika Larikan Diri
Seorang lelaki yang dipercayai melakukan dua perbuatan khianat dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di kawasan Bedong, Sungai Petani malam tadi.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Ibu Pejabat Kontinjen Kedah menjelaskan suspek yang berusia 30-an disyaki terbabit dalam kejadian khianat dengan menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit.
Sempat melarikan diri
Lelaki kurang siuman menunggang motorsikal jenis Yamaha LC no plat KDY 4955. Jika terjumpa, sila maklumkan ke pihak polis. @PDRMsiapic.twitter.com/q90W1SUpwr
Ujar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat suspek bagaimanapun, berjaya melarikan diri dan menerusi siasatan yang dibuat suspek sempat menconteng di bahagian tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.