comparemela.com

Latest Breaking News On - Stage third evil world - Page 1 : comparemela.com

Ilmu Beijing 2008 bantu Syaqiera di Tokyo 2020

Ilmu Beijing 2008 bantu Syaqiera di Tokyo 2020 A A PENGALAMAN diraih Olimpian negara, Muhammad Marbawi Sulaiman ketika beraksi pada Sukan Olimpik Beijing 2008 diharap dapat membantu pemanah kebangsaan, Syaqiera Mashayikh di temasya sukan terbesar dunia itu di Tokyo, bulan ini. Muhammad Marbawi yang beraksi dalam acara recurve individu dan berpasukan lelaki di Beijing memberitahu banyak berkongsi tip bagi menyerap tekanan beraksi di pentas Olimpik kepada Syaqiera memandangkan ini kali pertama anak buahnya itu menyertai temasya sukan berkenaan. “Saya selalu beri nasihat kepada Syaqiera bagi membantunya membuat persediaan dari segi mental dan fizikal kerana suasana kejohanan besar di Olimpik sangat berbeza. “Selain itu, Syaqiera diajar bagaimana mengatasi perasaan gemuruh kerana saya tidak mahu beliau terkejut beraksi di hadapan penonton yang ramai di venue pertandingan nanti,” katanya ketika dihubungi.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.